Sunday, January 18, 2009

Game untuk dijual


Itulah yang aku dapat cakap pasal sukan kat malaysia nie..aku nak kongsi pasal kes semalam, Team futsal syarikat aku hantar 3 pasukan dalam futsal x-pac kat pudu..so far ketiga2 tumbang sbb team tangkap muat jer..but ianya lebih kepada aktiviti mengerat silaturahim sesama ahli kelab sukan la,,ok la ada yg dtg bawa anak, wife dan gadis2 yang merasakan diri mereka awek kepada brother kelab sukan...whatever la..janji niat datang beri support..yang aku tak puas hati tu ada segelintir team tak ada semangat kesukanan langsung..come on la beb,,futsal pun nak main rasuah ker..main jual2 game. Benda mcm nie la bunuh semangat sukan..kami semalam hampir nak bergaduh sebab benda nie nasib baik ada otai abg lan messi..dier yg disscus ngan penganjur..team kami berpeluang ke pusingan ke-2 dengan satu kalah dan satu menang lepas belasah satu team tu 4-2...tapi team yang menang ngan kami sudah main kotor laa,,jual game pada team kami belasah tu dengan cara taknak lawan,so automatik team lawan tu menang dapat 3 mata dan jaringan free 2-0..sedangkan kalau nak nilai performance mmg nak seri pun xder harapan dgn team yg belasah kami tu..sbb budak2 champion last tournement kat situ..ini kengkawan nyer hal la..jadi ilang semangat kesukanan tu..apa2 pun bantahan kami dah buat, tapi penganjur tak tegas dalam menjalankan syarat pertandingan..terkilan beb..terberak aku score 3 biji nak bagi layak sampai lutut kena taji dek lawan siap dengan dialog "nah amik ko!" tapi jadi mcm nie..apa2 pun team pnmb mmg best..bagi semua member kelab sukan joint..at least terubat la rasa frust xdpat g sukan tahun anatara cawangan tahun nie...

#tiap kali tournement aku mesti dapat geng ngan abg lan messi..

No comments: