Wednesday, September 26, 2007

Ronaldhinho Milik Chelsea




BARCELONA: Perbualan mengenai perpindahan bertiup kencang di Sepanyol, semalam berikutan spekulasi penghijrahan Ronaldinho dari Barcelona mengisi muka belakang akhbar negara itu. Berdasarkan laporan dari London dengan Chelsea sedang melakukan persiapan untuk mengemukakan tawaran bernilai 70 juta euro (RM434 juta) bagi mendapatkan penyerang kelahiran Brazil semakin tenggelam itu dengan akhbar tempatan meramalkan perpindahan akan berlaku lebih cepat daripada tempoh sepatutnya. Media Sepanyol mendakwa, Barcelona bosan dengan prestasi buruk Pemain Terbaik 2005 manakala Ronaldinho sendiri meluahkan perasaan yang dia sudah letih dengan serangan berulang-ulang kali terhadap kehidupan peribadinya. Dia lebih gemar bersikap tidak menonjol diri sejak dituduh berpesta hingga lewat malam sebelum perlawanan, lima hari lalu dengan laporan rasmi mengatakan dia pulih daripada kecederaan otot yang menyaksikan dia tidak diturunkan ketika perlawanan Barca menentang Sevilla, Sabtu lalu.
Dia yang tidak turun pada sesi latihan kelmarin, jelas akan menyebabkannya terlepas beraksi pada perlawanan menentang Real Zaragoza, hari ini.
Presiden Barca, Joan Laporta berkata, mereka perlu "membantu (Ronaldinho) mengembalikan prestasi terbaik supaya dia tidak berasa terpinggir." Laporte berkata, beliau setakat ini masih belum "menerima tawaran rasmi" berkenaan penyerang kelas bintang berkenaan, sama ada daripada AC Milan atau Chelsea.Nada melegakan diluahkan pengurus Barca itu bertentangan dengan kata dua yang dilapor dikemukakan kepada Ronaldinho oleh kakitangan skuad Catalan itu. Berdasarkan laporan sebuah akhbar tabloid tempatan, beliau berkata: "Jika anda tidak mahu berubah, akan akan dapati diri anda berada di jalanan." Semalam, Marca berkata, "tiada keraguan" yang kelab itu akan menjual satu daripada permata mereka pada penghujung saingan atau semasa urusan jual-beli pemain pada perpindahan musim sejuk. Abang merangkap ejen penyerang berusia 27 tahun itu, Roberto de Assis, mengulas mengenai keretakan yang ketara antara kelab itu dan Ronaldinho kepada sebuah akhbar tabloid tempatan dengan berkata: "Saya pasti akan ada kempen untuk menyingkirkan Ronaldinho."Dia melakukan segala-galanya yang termampu untuk mengembalikan prestasi terbaiknya dan tidak lama lagi dia akan menikmati hasil usaha kerasnya. Dia akan kembali berada di puncak prestasi tidak lama lagi." - AFP

Tuesday, September 25, 2007

Raya dah dekat



selamat menyambut aidilfitri