Monday, March 17, 2008

Langit tak selalu cerah...



Aku nak kongsi pengalaman aku nie...just nak bercerita jer. Ayah mertua aku yang dulu sihat dan cergas skang dah terlantar akibat stroke atau angin ahmar...imbas balik detik dia mula2 nak kena serangan stroke ni ialah pada malam tahun baru cina baru ni.aku baru sampai dari s.alam pada malam tu lebih kurang dalam kul 10.00 mlm.Balik kg la nak ziarah. Aku sampai umah jer ayah mertua aku xada,mak aku jer ada...dalam kul 11.00 mcm tu baru dier balik..keluar berurut katanya...detik serangan awal stroke ni datang dalam kul 1 pagi...aku blum tido, lepak tengok tv, tetiba ayah aku jalan terhuyung hayang mcm mabuk jer kan,,aku pun tanya kenapa diajawab pening kepala.Mintak tolong picit,aku watla...1st time aku picit kepala dier...aku ngan ayah mertua aku ni xlah rapat sangat sbb dier ni mmg jenis kurang bercakap dan buzy memanjang, ketua kampung la katakan..kesana kesini..jarang duk umah. Jadi aku picit la sampai dier tido..aku pun xsyak aper2 la. Esok paginya dier dah mula xselera makan, tak larat nak bercakap, nak berjalan pun dah seret2 kaki...aku nampak semua perubahan ni..tapi adik beradik kami yang lain mcm tak berapa endah..mybe ingat demam biasa kot...so bila dah nampak lain mcm tu aku bawa pergi klinik...doktor sahkan tekanan darah dier ngan kencing manis dah tinggi..so amik la ubat...masuk hari ketiga dier dah tumbang terus, tak boleh bercakap dan tak boleh bergerak sebelah kanan badan dier..kira out sebelah la..so berkumpul la semua adik beradik ngan sanak saudara dier tanpa tahu aper punca sebenarnya sehingga di bawa ke hospital besar...tapi hampa doktor cakap dier sihat...mcm mana tu...pelik betol doktor kerajaan ni..hari ke 4 kami adik beradik sepakat bawa ayah le hospital pakar kerana sedih melihat keadaan dier yang lemah lesu...kat selangor medical centre baru dapat tau yang ayah kena serangan stroke sebelah badan..so etu yang tak bercakap ngan bergerak kaki n tangan dier...memandangkan aku yang tinggal paling hampir ngan hospital,so aku jaga dier untuk malam lepas balik kerja selama 1 minggu..so 1 mgu la aku tido sepital...lepas 1 mgu doktor suruh bawa balik sebab nak sembuh mmg amik masa dan kena byak wat urutan sendiri selain mkn ubat..so hari ni dah hampir 1 bulan dier mcm tu...kami gilir2 jaga dier waktu mlm untuk mudah dier ke tandas atau nak aper2.every week aku akan balik sana jaga dier plak..ganti2 lah...so pengalaman aku jaga orang sakit ni agak kekok sikit la...maklumlah dier takleh nak bercakap,menulis pun tangan kidal mata dah xberapa nampak(kesan2 dari stroke tadi la)so agak susah pada mulanya...skang nie apa kehendak kier kami ikutkan jer..nak bersiar-siar,naik kereta..ikutkan jer..sebab masa sihat dier mmg jenis tak lekat kat umah..so skang aku dah tak kekok sangat la nak uruskan dier ketandas, mandi sebab dah biasa..dier pn bleh terima kami tolong dier cuma dier akan sedih dan nangis tiap kali kami anak2 yang jauh ni akan balik ke s.alam semula...sebab dier tau 1 mgu tu kami xakan jaga dier...bagi aku hikmah disebalik kejadian ni adalah perhubungan aku ngan ayah mertua aku jadi rapat...mmg 100% berbeza masa dier sihat dulu...aku juga dapat rasa myb satu hari nanti aku akan jadi mcm ni...hope tak kena la...tapi kat sini aku bleh tgk la peranan anak2 untuk membalas jasa ibubapa masa diorg sakit ni...
pada rakan semua hargai mak ngan ayah korang kalau diorng masih sihat nie...kalau dah sakit baru kita nak tunjuk kasih sayang kita dah terlewat dah...kadang-kadang diorng nie sakit tapi xnak bgtau kita...xnak susahkan anak2...mcm ni lah yg berlaku kat ayah mertua aku nie...rahsiakan yang dia ada darah tinggi ngan kencing manis...

4 ayah...moga cepat sembuh,semoga keceriaan keluarga kembali mcm dulu semula...
skang ni semua xhappy...4 emak banyakkan bersabar dengan kerenah ayah...LAYAN...ZAAASSS...!!!

ps#



Originally uploaded by aikitherese.
Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya
Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at
untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Nota :

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,
Istighfarlah Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.

Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini

No comments: