Sunday, January 11, 2009

3setan merah

Suka aku manyuu menang game pagi tadi..kena cekse..3-0 beb..diam terus luiz pilip score larii..balik portugal la,,..apa2pun hero aku c7 mmg best..ngan pak ji sung,,korang pandang sebelah mata mamat nie..tak tahukah korang bahawa dialah mastermind yg porak perandakan cekse..to waslan pasti punggung anda panas setan merah sedang kejar rumah merah..huhu,,

#liverpool, u are next!

Selamat Check in







Ni kisah kawan aku si khai@mamai..baru beli umah kat bangi, bujang lagi mamat nie..so dier ada wat BBQ malam minggu baru nie..kami wat reunion la kat umah dier..pesta sakan sepah kan umah dier yg ala2 deco bersama eric tu..apa2 pun tahniah beb..lu dari dulu mmg lagi advance dari kami..to pakli and aza good luck dapat jadi cikgu..

# Danish sempat jumpa kawan baru..geng beskal..

Wetworld N We





Sabtu baru nie bawa danish n mama g lepak kat wet world,taman tema air kat s.alam..1st time masuk..suka tengok mama n danish happy.

#Lain kali kita pergi lagi ekk danish..dah sejuk sangat.

Thursday, January 8, 2009

Ronaldo nyaris maut



LONDON: Kereta mewah bintang bola sepak Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo, remuk selepas dia terbabit dalam kemalangan dalam terowong berhampiran Lapangan Terbang Manchester, semalam. Memandu Ferrari, Ronaldo melalui kawasan itu kira-kira jam 10.20 pagi dan terbabas sebelum merempuh penghadang di laluan berkenaan. Jalan itu berada di bawah landasan kapal terbang dan terletak di antara Wilmslow dan Hale, Cheshire.Bagaimanapun, Ronaldo, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bahagian depan kereta itu yang dianggarkan bernilai lebih RM809,000 remuk sama sekali akibat menyerap hentaman daripada pelanggaran itu.Serpihan kelihatan berselerakan di kawasan berkenaan, termasuk satu tayar depan Ferrari itu tercabut.Difahamkan, teman sepasukan Ronaldo, Edwin Van der Sar, memandu di belakang keretanya.

# Kalau jatuh or eksiden kaki la paling aku takut injurt

Wednesday, January 7, 2009

Gaya dan Reality


Mungkinkah ini rahsia kehebatan Cristiano Ronaldo selama ini? Kasut bola terbaru ini ternyata sangat ringan, memudahkan kawalan bola dan mungkin juga menambahkan lagi kehebatan pemain-pemain yang memakainya. Malah ‘free kick’ Ronaldo yang jarang-jarang melepasi benteng kini sudah mula menemui jaring gol sejak dia memakai boot ini. Rembatanya juga makin padu dengan hampir kesemuanya menerjah masuk ke gawang pihak lawan.

Masalahnyer aku nie ada ker gaya main mcm dier...anda yang tentukan
#aku nak tangkap kasut nie tahun nie _Nike Vapor IV


Ni aku nak kongsi tips beli kasut bola..xkira la futsal ker padang ker.

1. Jangan beli kasut kerana nampak macho.. Belilah rekabentuk yang simple tapi steady..Keghairahan membeli kasut yang nampak glamer akan menyebabkan anda diperhatikan.. Kalau prestasi anda baik ketika pertama kali memakainya sudah pasti anda akan mendapat tepukan gemuruh tapi kalau main cam budak baru lepas bersunat baik takyah (relevankah lawak nie??)
2. Try dulu kasut tu sebelum anda membawa pulang.. Jangan terus pilih dan bayar setelah tertarik dengan designnya ( kes ini baru terjadi pada aku).. Ini bagi mengelakkan anda terbeli saiz yang tidak serasi dengan anda.. Akhirnya kasut tu jadi pameran ( jadi mainan danish jer.. So bagi dia je pakai..)
3. Jangan beli kasut yang talinya panjang berjela-jela.. Lebih-lebih lagi anda jenis yang tak berapa pandai nak mengetatkan tali tersebut.. Nanti masa game sibuk tali kasut terburai.. Camne nak buat skill cam Safee Sali, eh apa barang ‘Cristiano Ronaldo’ la.. Nanti yang keluar skill Ronald McDonald je…

PNMB Signing new player


Tanggal 6 Januari 2009 serentak dengan pembukaan jendela perpindahan dan jual beli pemain kelab bolasepak dunia semua kelab gergasi berebut-rebut memancing pemain idaman mereka untuk memantapkan pasukan mereka. Jika man.city berbangga memiliki brigde pemain pertahanan chealse dan david beckham yang berjaya dipinjam dari L.A GALAXY untuk A.C MILAN, PNMB (segan nan sebut nama penuh) telah mengikat pemain yang bermain secara pinjaman sebelum ini untuk PNMB..siapa lagi jika bukan cristano norshahrul pemain sayap kanan kelab UPK MY-STIM secara seumur hidup. Dengan yuran perpindahan secara percuma dan gaji 256.7 U$ dollar seminggu bersamaan RM 8.00 sebulan (yuran tetap nie,,potong gaji) sahla beliau akan menyarung jersi PNMB. Majlis pra-tonton telah dibuat dengan presiden kelab iaitu Sr. Alex Hamid pailang telah memperkenalkan kepada penonton..cristano norshahrul akan mengenakan jersi no 7 yang pernah di pakai oleh lagenda PNMB iaitu Carlos Manjoi offset 1.

#Sebenarnya baru joint club sukan 6hb baru nie..hahaha...isi borang tuu..

Serangan’ Gaza satu bala berhikmahkan ‘rahmat’?


Kadang-kadang aku terfikir,serangan ke atas Gaza ni seolah-seolah satu bala dari Allah atas perpecahan umat Islam itu sendiri.Mungkin apa yang terlintas di fikiran aku ni salah,kurang tepat atau jauh terpesong dari realiti yang sebenar,namun,sebagai seorang Muslim aku tetap berasa sedih dan berharap agar kezaliman ke atas saudara-saudara seagama yang berada di Gaza akan cepat sampai kepada penamatnya.

#rakyat malaysia patut bersyukur..alhamdulillah