Suka aku manyuu menang game pagi tadi..kena cekse..3-0 beb..diam terus luiz pilip score larii..balik portugal la,,..apa2pun hero aku c7 mmg best..ngan pak ji sung,,korang pandang sebelah mata mamat nie..tak tahukah korang bahawa dialah mastermind yg porak perandakan cekse..to waslan pasti punggung anda panas setan merah sedang kejar rumah merah..huhu,,
#liverpool, u are next!
Showing posts with label sport news. Show all posts
Showing posts with label sport news. Show all posts
Sunday, January 11, 2009
Tuesday, December 23, 2008
Shah Alam F.C VS MPT
*aksi bergambar memang mendatangkan gerun...50% moral dah down.Team aku baju oren
Awal bulan baru nie..team bola aku shah alam f.c vs majlis perbandaran temerloh (MPT) kat bangi..team mpt ni dari pahang..aku yg invite so d'org datang sambil makan angin..mmg dah lama aku teringin nak lawan team nie..sbb masa aku duk kampung dulu,masa tu aku sekolah lagi lagi..team nie paling taf la liga kat temerloh..dgr jer MPTgerun beb..sbb player dier sumer ex player daerah,negeri yg dah stop main bola full time untuk pahang kerja sana..mana tak kuat..tapi zaman dah berubah player d;org skang dah xada kualiti mcm dulu..but still ada lagi sentuhan hebat veteren lama..anyway team aku akan wat lawan timbal balik pada 3hb januari nie kat stadium temerloh,kat pahang..so bleh la balik kg 1x..citer mcm pro jer haha..but benda mcm nie bagus beb, eratkan rahim..ehh..silaturahim..kalau dulu kami menang 4-1 kat temerloh pasti corak permainan mpt akan berubah..myb menggunakan format 6-2-1-1 untuk menyekat serangan kami..saksikan..(ni stail club epl yg bawah2 main..nak seri jer..haahaaa..)
Sunday, March 23, 2008
Hidop Manyuu...mampos lvpol
Wednesday, September 26, 2007
Ronaldhinho Milik Chelsea

BARCELONA: Perbualan mengenai perpindahan bertiup kencang di Sepanyol, semalam berikutan spekulasi penghijrahan Ronaldinho dari Barcelona mengisi muka belakang akhbar negara itu. Berdasarkan laporan dari London dengan Chelsea sedang melakukan persiapan untuk mengemukakan tawaran bernilai 70 juta euro (RM434 juta) bagi mendapatkan penyerang kelahiran Brazil semakin tenggelam itu dengan akhbar tempatan meramalkan perpindahan akan berlaku lebih cepat daripada tempoh sepatutnya. Media Sepanyol mendakwa, Barcelona bosan dengan prestasi buruk Pemain Terbaik 2005 manakala Ronaldinho sendiri meluahkan perasaan yang dia sudah letih dengan serangan berulang-ulang kali terhadap kehidupan peribadinya. Dia lebih gemar bersikap tidak menonjol diri sejak dituduh berpesta hingga lewat malam sebelum perlawanan, lima hari lalu dengan laporan rasmi mengatakan dia pulih daripada kecederaan otot yang menyaksikan dia tidak diturunkan ketika perlawanan Barca menentang Sevilla, Sabtu lalu.
Dia yang tidak turun pada sesi latihan kelmarin, jelas akan menyebabkannya terlepas beraksi pada perlawanan menentang Real Zaragoza, hari ini.
Presiden Barca, Joan Laporta berkata, mereka perlu "membantu (Ronaldinho) mengembalikan prestasi terbaik supaya dia tidak berasa terpinggir." Laporte berkata, beliau setakat ini masih belum "menerima tawaran rasmi" berkenaan penyerang kelas bintang berkenaan, sama ada daripada AC Milan atau Chelsea.Nada melegakan diluahkan pengurus Barca itu bertentangan dengan kata dua yang dilapor dikemukakan kepada Ronaldinho oleh kakitangan skuad Catalan itu. Berdasarkan laporan sebuah akhbar tabloid tempatan, beliau berkata: "Jika anda tidak mahu berubah, akan akan dapati diri anda berada di jalanan." Semalam, Marca berkata, "tiada keraguan" yang kelab itu akan menjual satu daripada permata mereka pada penghujung saingan atau semasa urusan jual-beli pemain pada perpindahan musim sejuk. Abang merangkap ejen penyerang berusia 27 tahun itu, Roberto de Assis, mengulas mengenai keretakan yang ketara antara kelab itu dan Ronaldinho kepada sebuah akhbar tabloid tempatan dengan berkata: "Saya pasti akan ada kempen untuk menyingkirkan Ronaldinho."Dia melakukan segala-galanya yang termampu untuk mengembalikan prestasi terbaiknya dan tidak lama lagi dia akan menikmati hasil usaha kerasnya. Dia akan kembali berada di puncak prestasi tidak lama lagi." - AFP

Subscribe to:
Posts (Atom)