Tuesday, October 2, 2007

Menangis aku tunggu fifa08 nie..


Nak main fifa 08 ni punya la sengal..bpe kali install dah xmau run2 gak...sumer bomoh IT aku dah upah
termasuk wak lan renoma, otai fadzli anak 3..cuma hapis jarni jer blum try lagi...agak2 kalau hapis jarni
yang installkan bukan saja bleh main kot tapi bleh tgk live lagi game UEFA kat PC aku...hebatnya dier...
sesiapa yang ader kepakaran bleh la datang ke unit grafik PDS...sbb ada org dah nazak nak main fifa08

legnote# Jangan main kalau line xclear...nanti kena rampas ngan KPDN..(mata2 dier budak botak)

Penangan Puyol,Messi & Henry


nilah nama2 yang wat hal awal pagi tadi...vs stuggart..win 2-0..game biasa lar...mamat puyol yg baru pas baik injurt nibleh plak score 1st gol..celah mana dia sumbat pun aku xtau...messi mcm biasa la laju gler..dapat partner tukang set baik nyerrsi henry muka xbersalah tu..main rileks jer tapi 1x dia lorong mesti ada hasil nyer...ok la dia ngan messi..ronaldhinho dah tenggelam skang ni..ada lagi best skang ni..pegi main chelsea la..baru aku sokong club bermasalah tu..
legnote# Hope MU vs Barca Final 07 ni..sejarah beb..1st time.

Rooney 1 -Roma 0

Ni citer pasal game UEFA pagi awal pagi tadi..MU vs As Roma..tak sia2 gua berjaga layan game ni.laju gler..tapi MU win pun sbb luck gak la.semua harap counter attack jer..Roma banyak serang tapi hampeh sumer..tendang ikut pusat sumer...kalau gol budak kaki gelek si cristino tu x offside memang cun gler..back hill tu bro...laju gler...tapi offside plak..banyak sangat gelek last2 kena siku berdarah muka...dah xbleh wat party buih... anaik aku si danish tu pun bgn gak tgk bola sambil main walker baru dier tu...hilang ngantok aku

legnote# last game bleh la 7-1..tgu la lagi 5 tahun la..

Monday, October 1, 2007

DJ Party Zue

kalau penah dengar siaran 95.2 fm...
inilah deejay nyer...yang suka berparty...
dengan trademark topeng jerubu...
ps#-beware when take a photo.paparazi around u...-cc-_che zu

280907 LAST DAY LD




Ini job n poster terakhir aku buat 4 lilian. ini pun kena petik sbb xada ape2 nak kasi wat kenangan dier..pasni xada dah...dia dah xada kat PDS lagi...huhuhuhu... pusing 1 K.L Gjan cari frame..yang bestnyer aku bleh lupa masuk gambar adik lilian...fadzli ngan gjan..aper lagi..diorg dpt tahu kena sembur la aku..hampeh betol! nak glemer jer kojernyer gudluck la..to LD

Ramadan ikut pemahaman empat golongan



RAMADAN adalah masa yang diberkati dan bagi mereka yang menyedarinya akan menggunakan tempoh sebulan ini dengan sebaiknya untuk menambahkan keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ulama Syria, Almarhum Mustafa al-Siba’iyy menggambarkan empat jenis manusia dalam menghadapi bulan Ramadan iaitu;
Seseorang yang tidak banyak mengetahui mengenai Ramadan. Dia beranggapan datangnya Ramadan hanya menjadi penghalang bahkan tidak ada manfaat sama sekali baginya. Ramadan dipandang sebagai tradisi keagamaan semata-mata yang tidak memberi kesan positif baginya. Golongan ini tidak menunaikan kewajipan berpuasa.
Seseorang yang hanya memandang puasa Ramadan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ini kerana dia sangat berkeinginan untuk tidak berpuasa bahkan mengolok-olok orang lain yang berpuasa. Dia berpura-pura berpuasa kepada orang yang tidak mengenalinya, tetapi secara terang-terangan menampakkan kepada orang yang sejalan dengannya bahawa ia tidak berpuasa.
Seseorang yang hanya memandang Ramadan sebagai suatu tradisi tahunan yang ditandai dengan hidangan melimpah, sebagai kesempatan untuk berbual kosong sehingga fajar dan siang harinya tidur sehingga terbenam matahari. Ia menjadi seorang yang pemalas dalam melaksanakan tugasnya.
Seseorang memandang Ramadan sebagai peluang untuk memperbaiki fungsi jiwa manusia supaya rela berkorban, melatih bersabar dan mendidik.
Inilah empat kategori manusia dalam menghadapi Ramadan. Maka tanyalah diri di manakah kita berada. Kita patut berada dalam kategori keempat kerana mereka menyambut Ramadan sebagai cara untuk memperbaharui keimanan, pendidikan akhlak, memperkukuhkan rohani dan mulai hidup dengan lebih sempurna. Maka mereka inilah yang akan mendapat manfaat daripada Ramadan itu. Seorang Muslim yang berpuasa akan meningkatkan sikap taat, mengoptimumkan usaha meningkatkan perhambaan kepada Allah, bersikap rendah hati di bawah kebesaranNya, selalu berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Apabila datangnya Ramadan, Nabi SAW bersabda bahawa pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka ditutup dan diikat syaitan. Oleh itu ia adalah bulan syurga dan syurga untuk ahli yang menjauhi syaitan dan meninggalkan was-was. Mereka sibuk dengan syurga dan akhirat. Manusia akan sedar dan umat akan sedar akan perkara yang disebut oleh Rasulullah SAW ini. Mereka akan meninggalkan jalan ke neraka dan berjanji dengan Allah SWT untuk meninggalkan maksiat, kefasikan, kezaliman, penyelewengan, kesesatan dan hawa nafsu. Datang Ramadan dengan pintu syurga yang terbuka untuk ahlinya iaitu umat bersifat mulia dan penyayang, jauh daripada perkataan memudaratkan, kata kotor dan palsu. Orang yang berpuasa tidak akan bersifat dengan sifat demikian. Kata-kata kotor akan memudaratkan diri dan umat, merosakkan masa lalu dan masa depan mereka. Oleh itu kata kotor hendaklah dibersihkan. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan keji tidak ada ertinya bagi Allah walaupun ia meninggalkan makanan dan minuman.

” (Hadis riwayat al-Bukhari) Nabi SAW pernah berpesan supaya orang yang berpuasa tidak mengeluarkan kata keji dan kotor dan jika ada orang mengajak kepada pembunuhan atau perkelahian, hendaklah kita menyebutkan

“sesungguhnya saya berpuasa.

” Waspadalah terhadap semua itu kerana ia adalah kekalahan yang membuatkan syaitan bergembira. Sambutlah Ramadan dengan ketaatan, ketakwaan dan keimanan. Ambillah daripada kebaikan Ramadan dan hidulah bau syurga, angkatlah pandangan ke langit, jauhkan diri daripada hal yang hina serta ingatlah selalu akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak memperoleh pahala apa-apa daripada puasa itu kecuali rasa lapar dan dahaga.

” Orang mukmin akan semakin terpacu untuk meningkatkan ketaatan dan ibadat. Dia akan melapangkan hati kerana hari-hari dalam bulan ini akan turunnya rahmat dan keberkatan. Jiwa mereka akan selalu memperoleh kekuatan dan sinar kesucian.

BEWARE OF SAKA

INFO: Saka
Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam.
Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam.

Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin, azimat termasuk kertas bertulis ayat al-Quran.